Politik

Jika PN-BN bertembung, sokong PN – Hadi

Pas mengarahkan penyokonnya untuk mengundi calon Perikatan Nasional jika berlaku pertembungan dengan parti itu pada Pilihan Raya Negeri Melaka.

Presidennya berkata, ketetapan ini menyusuli keputusan PAS untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional dalam PRN Melaka.

“Kita sokong calon PN,” kata Abdul Hadi pada sidang media di mesyuarat agung tahunan PAS ke-67 hari ini.

Menurut Hadi, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak pertembungan antara parti memerintah.

“Bila sebut kerjasama maka mestilah berlaku pemberian kerusi antara parti-parti, bukan MN sahaja termasuk PN. Bahkan di Melaka melibatkan bukan sahaja PAS, tapi Bersatu termasuk termasuk rakan-rakan lain,” katanya.

Hadi memaklumkan calon PAS yang akan mewakili PN akan diumumkan petang ini dan parti itu akan bertanding sekurangnya 1 pertiga 3 kerusi.

Barisan Nasional hari ini mengumumkan akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka yang menjadi rebutan dalam PRN Melaka yang bakal berlangsung hujung bulan ini.-SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button