Politik

Pas satu-satunya parti berintegriti, tiada wakil rakyat lompat parti

Berintegriti tinggi dengan tidak ada mana-mana wakil rakyatnya melompat parti akan menjadi modal Pas untuk mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas telah menjadi satu-satunya parti dengan tidak ada sorang pun wakil rakyatnya melompat ke parti lain selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Justeru katanya, situasi itu menjadikan Pas amat berbeza dengan parti-parti lain yang telah mencatatkan sebilangan wakil rakyat mereka melompat ke parti lain.

“Kita (PAS) satu-satunya parti paling berintegriti di bumi Malaysia tak ada mana-mana parti selepas PRU14 lepas berjaya pertahan semua Ahli Parlimen dan ADUN dari melompat ke parti lain.

“Tak perlu saya sebut (parti), ada yang melompat beberapa kali, melompat sehingga menjatuhkan kerajaan demi kerajaan.

“Parti paling berintegriti ialah PAS, ini modal kita boleh jadikan untuk pertahan kemenangan,” katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-67.-SM

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button