JenayahNasionalNegeri

Polis Perlis bongkar sindiket tipu pendaftaran kad prabayar

ASALNYA polis mendapat laporan sebuah premis didakwa menjalankan judi online tetapi setelah diserbu lain pula yang terbongkar.

Rupanya terdapat sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar secara tidak sah dan memiliki peranti tidak standard.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad mendedahkan demikian pada sidang akhbar yang diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Beliau berkata, pasukan Operasi
dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pada pukul 5.40 petang 22 Jun lalu, telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis Hotlink di Taman Cahaya, Kangar.

“Ketika itu terdapat empat lelaki dan tiga perempuan warga tempatan berusia dari 19 hingga 35 tahun sedang menggunakan peralatan komputer dan mesin yang disyaki digunakan untuk aktiviti judi dalam talian,” katanya

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut dari pakar judi mendapati tiada aktiviti ini dijalankan.

“Kemudian pasukan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK telah membuat pemeriksaan lanjut ke atas peralatan komputer, mesin dan pelbagai jenis Simkad yang terdapat di dalam premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan pasukan mendapati ada peralatan Sim Box (Sim card Multiplexer) OSM Gateway di dalam premis berkenaan,” kata Surina.

Katanya, dari siasatan awal terhadap suspek telah mendapati mereka terlibat dengan sindiket penipuan pendaftaran Kad Prabayar secara tidak sah.

“Di dalam pemeriksaan itu telah dirampas 15 monitor, 14 CPU, 13 keyboard, satu pendrive, 51 sim
Box (sim card multiplexer)GSM dateaway, 13 tetikus, 1 Wifi Modem, 2,149 sim kad hotlink dan 935 sim kad Umobile,”
katanya.

Surina berkata, anggaran nilai rampasan kira-kira RM130,000.00.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) kerana memiliki kelengkapan atau peranti tidak sah.

Katanya, semua suspek ditahan reman selama tiga hari yang berakhir besok. – SM

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button