Mahkamah

MAIPs ambil langkah proaktif, pohon mencelah penceraian ibu bapa mualaf anak bawah umur

MAJLIS Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) disifatkan sebagai mengambil langkah proaktif apabla memohon mencelah dalam petisyen perceraian ibu bapa anak mualaf bawah umur bagi tujuan akses penyeliaan agama dan biayaan belanja kehidupan.

Tindakan proaktif yang sihat dan patut dipuji, kata Haniff, kerana apa yang lebih penting dari sudut Islam adalah bahawa pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan memantau pembesaran sihat anak-anak mualaf bawah umur, ialah majlis agama.

“Seikhlasnya perlu mengambil tugas dan peranan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin, seperti yang cuba dilakukan oleh MAIPs,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menyarankan agar kesemua pihak, akan membenarkan proses perundangan dilaksanakan sebaiknya oleh pihak kehakiman seperti yang diperlukan di bawah konsep kedaulatan undang-undang yang ada di negara ini.

“…  dan biarkan mahkamah membuat keputusan berpandukan undang-undang secara adil dan saksama,  prinsip-prinsip yang sememangnya wujud dalam Islam dan sewajarnya wujud dalam kalangan semua rakyat Malaysia yang menghormati undang-undang sedia ada,” katanya.

Pada awal bulan Februaru 2022 yang baru lalu, muncul berita dakwaan seorang ibu bukan Islam bahawa kononnya tiga orang anaknya yang bawah umur telah diislamkan oleh bapa kandung anak-anak berkenaan tanpa kebenaran ibu itu, dan telah dipisahkan daripadanya untuk tempoh beberapa tahun, dan anak-anak itu telah ditempatkan dalam penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga penyelesaian pertikaian yang perlu.

Namun, pada 21.02.2022,  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur elah memerintahkan supaya ketiga-tiga anak mualaf bawah umur itu diserahkan kepada ibu mereka berpandukan kewujudan satu perintah jagaan yang diperolehi oleh ibu itu pada 21.03.2021 dalam prosiding perceraian yang difailkan oleh ibu itu terhadap bekas suaminya.

Walau bagaimanapun, kedudukan pengislaman ketiga-tiga anak mualaf bawah umur itu, didakwa oleh peguam ibu itu akan dicabar di mahkamah, namun sehingga ke hari ini, tiada laporan rasmi yang mengesahkan pemfailan mana-mana cabaran berkaitan, dan oleh itu sehingga diperintahkan sebaliknya, jika ada, mereka itu masih muslim dan beragama Islam.

MAIPs pula dilaporkan memfailkan permohonan untuk mencelah prosiding penceraian antara ibu tunggal, Loh Siew Hong dan Muhammad Nagahswaran Muniandy.

MAIPs memohon locus standi (asas perundangan) dalam prosiding itu agar ia dapat membuat permohonan variasi ke atas terma hak penjagaan tiga anak pasangan itu kepada Loh.

Dalam kenyataan media, MAIPs permohonan itu khususnya bagi membolehkan pihaknya mendapat akses memberikan bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam kepada tiga anaknya, ketika di bawah jagaan ibu bukan beragama Islam. 

MAIPs menegaskan pihaknya tidak masuk campur mahupun berpihak dalam prosiding penceraian antara Loh dan Nagahswaran.

“Peranan MAIPs hanyalah bagi memastikan kebajikan anak-anak mualaf serta akidah mereka sentiasa terjaga, apatah lagi mereka amat komited sebagai Muslim, dan agar mereka mendapat sokongan dan bantuan yang diperlukan dari sudut kewangan, pendidikan dan sosial.

“Walaupun berada dalam jagaan Loh, tiga kanak-kanak tersebut boleh dilihat menzahirkan iktikad dan keazaman melalui perbuatan dan tingkah laku untuk terus berada dalam agama Islam, masih lagi mengamalkan syariatnya, bahkan dalam beberapa laporan media dikatakan menunaikan solat Subuh, dan salah seorang daripadanya apabila ditanya wartawan menjawab cita-cita apabila dewasa kelak ingin menjadi peguam syarie,” kata MAIPs.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button