Nasionalpilihan

Keputusan tarik sokongan PN dibuat MT UMNO, tidak dibawa ke MT BN

KEPUTUSAN untuk menarik semula sokongan terhadap Perikatan Nasional hanya dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO dan tidak dibawa ke Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, terdapat empat ahli parlimen yang terdiri daripada parti komponen BN.

“Sepatutnya keputusan itu perlu dibincang ke MT BN kerana kami juga adalah ahli parlimen BN.

“Saya tidak mahu tambah keruh dalam parti dan saya juga tak nak lihat parti dalam keadaan bermasalah,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail turut memberitahu yang dia telah berjumpa Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak.

Jelasnya, Najib pun sudah membuat kenyataan pada Khamis lepas dan menyatakan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

“Saya tidak tahulah sama dia sudah ubah pendirian atau tidak. Tetapi saya yakin dia juga tidak mahu kerajaan ini tumbang terutamanya apabila Yang di-Pertuan Agong menyatakan pendirian dan perkenan baginda,” katanya. -SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button