Agama

MAIPs alu-alukan sumbangan masyarakat

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) amat mengalu-alukan sumbangan berterusan daripada masyarakat bagi sama-sama menjalankan tanggungjawab serta keperihatinan dalam membantu pembangunan umat Islam di negeri dan negara ini.

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor selepas mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah berkenan berangkat merasmikan bengkel perabut kayu yang diusahakan oleh Saiful Anuar Desa di No 780, Kg Chemumar, Simpang Ampat, Perlis baru-baru ini.

Saiful Anuar yang sebelum penularan Covid-19 perniagaannya maju tetapi kini terkesan teruk menerima sumbangan RM4,312 dalam bentuk peralatan untuk bengkel daripada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) melalui peruntukan inisiatif program peningkatan sosio ekonomi asnaf MAIPs.

Menurut Mohd Nazim, dari segi Pengurusan Wakaf Dan Sumber Am, Pengurusan MAIPs telah menerima sumbangan sebanyak RM1,100 daripada 1 Januari sehingga 17 Januari 2022 menjadikan jumlah keseluruhan kutipan wakaf Tunai adalah sebanyak RM868,591.98.

Tambah beliau lagi, jumlah kutipan Tabung Baraatuz Zimmah (t-BAZ) MAIPs pula ialah sebanyak RM560 menjadikan jumlah keseluruhan tabung t-BAZ adalah sebanyak RM676,003.34 bagi tempoh yang sama.

Terdahulu daripada itu Tuanku Raja Muda sempena dengan ‘Program MAIPs Peduli Menjejaki Dab Menyantuni Asnaf’ turut berkenan singgah menyampaikan sumbangan MAIPs di rumah Desa Man 73, Nor Sahiddan Mat Hassan 61 dan Cik Einsah Ibrahim 48.

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button