Jenayah

Geng Spiky aktif jenayah samun, curi kenderaan ditumpaskan

POLIS berjaya menahan seorang lelaki yang juga ahli kumpulan Spiky dalam satu serbuan di meletak kenderaan di sebuah apartment di Bukit Prima Pelangi, Kuala Lumpur kira-kira pukul 2 petang malam pada Selasa lalu.

Suspek yang berusia 39 tahun ditahan susulan aduanyang dibuat seorang lelaki tempatan yang kehilangan kenderaan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, siasatan terhadap suspek telah membawa kepada penemuan sebuah kereta jenis Proton X70 yang milik pengadu di Jalan Prima Pelangi 1, Bukit Prima Pelangi, Kuala Lumpur.

“Kita turut merampas sebuah kereta jenis Mercedes Benz C200 yang dipercayai digunakan suspek dalam kegiatan jenayahnya.

“Semakan terhadap kereta tersebut mendapati ia dilaporkan hilang di Kepong,” jelasnya.

Menurut Ezanee, pihaknya turut merampas berberapa barang berharga yang dipercayai dicuri di sekitar Lembah Klang.

Jelasnya, suspek mempunyai 24 rekod jenayah lampau berkaitan kes samun serta pecah rumah dan kini direman selama tujuh hari bermula kelmarin untuk disiasat di bawah Seksyej 457/379A Kanuk Keseksaan.

Tambah Nik Ezanee, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengesan seorang lagi rakan suspek berusia 42 tahun yang masih bebas. – SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button