Politik

MT UMNO membisu: Isham Jalil desak adakan Perhimpunan Agung UMNO Khas

BERBUNYI lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil kalau sudah tak puas hati dengan gerak langkah Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dirasakan perlu dipertanggungjawabkan di atas kekalahan UMNO pada PRN baru-baru ini dan kekucar-kaciran yang berlaku dalam parti itu yang dianggap bukan lagi sebagai parti keramat orang Melayu.

Terkini, Isham menzahirkan buat kesekian kalinya apa yang dirasakannya perlu untuk diuar-uarkan dalam kalangan pengamal media dan juga pemerhati politik di Malaysia.

Kata Isham, sudah enam hari atau hampir seminggu sejak UMNO kalah teruk dalam pilihanraya di enam negeri.

Isham mendakwa, namun sehingga kini, Majlis Tertinggi (MT) UMNO belum lagi bersidang atau dipanggil untuk bersidang.

Tegas Isham, akar umbi UMNO akan menjadi semakin resah jika di pihak pimpinan parti mendiamkan diri dan tidak memberikan halatuju yang jelas semasa krisis.

“Berada dalam sindrom penafian dan melengah-lengahkan masa supaya isu dilupa bukanlah pilihan yang baik untuk kita di kala ini,” ujar Isham yang semakin lantang menyatakan pandangannya terhadap parti.

Oleh itu, kata Isham, beliau ingin menggesa dan menyarankan supaya satu mesyuarat Majlis Tertinggi Khas dan Perhimpunan Agung UMNO Khas diadakan segera untuk membincangkan halatuju parti di saat yang getir dan kritikal ini.

“Dan kita perlu melibatkan semua akar umbi UMNO yang ingin menyertai dalam Perhimpunan Agung Khas ini sebab keputusan yang perlu kita buat adalah suatu keputusan yang amat penting dan memberi kesan kepada semua ahli dan akar umbi UMNO,” ujar beliau.

Katanya lagi, “Kita berada dalam keadaan yang luar biasa. Keadaan luar biasa memerlukan tindakan yang luar biasa. Special circumstances require special measures.” – SM

BACA UMNO tidak perlu buat pemutihan – Isham Jalil

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button