Hiburan

Madonna jadi pengarah filem biopik Madonna

MENJADI antara selebriti yang berpengaruh dalam bidang muzik, ramai yang setuju bahawa sudah tiba masanya kisah hidup Madonna dibawa ke layar perak.

Namun, ramai juga yang terkejut kerana individu yang bakal menjadi pengarah filem biopik itu adalah Madonna sendiri.

Portal hiburan Variety melaporkan Madonna begitu serius untuk terlibat dalam pembikinan filem yang mengisahkan tentang dirinya sendiri.

Menariknya, filem biopik Madonna itu juga akan diterbitkan oleh Amy Pascal, individu yang terkenal dengan menerbitkan siri filem Spiderman.

Menurut Madonna, filem Madonna yang bakal diarahkannya itu tidak sekadar bercerita mengenai dirinya sahaja, tetapi juga diselitkan elemen muzik.

“Saya ingin bercerita mengenenai perjalanan luar biasa yang telah saya lalui sepanjang bergelar seorang pelakon, pemuzik dan penari.

“Muzik adalah sesuatu yang membuatkan saya berjaya dalam industri dan seni adalah sesuatu yang menghidupkan diri saya.

“Tiada siapa yang boleh bercerita mengenai kisah kehidupan Madonna selain diri saya sendiri,” katanya.

Namun, pengumuman rasmi berkenaan bila filem itu akan ditayangkan belum lagi diumumkan.

Malah, jadual penggambaran dan siapa yang bakal membawa watak Madonna juga belum lagi dipilih. -SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button