Nasionalpilihan

Banjir: Dua PPS babitkan lapan keluarga dibuka di Melaka

Sebanyak lapan keluarga membabitkan 22 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah dan Jasin, Melaka ekoran hujan berterusan sejak semalam hingga hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memberitahu dua PPS yang dibuka sejak pukul 4.30 petang tadi ialah Balai Raya Bukit Tambun dan Durian Tunggal di Alor Gajah.

Menurutnya, PPS yang dibuka di Jasin ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan.

“Mangsa yang terlibat ialah dua keluarga membabitkan empat orang dari Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Gadek di Alor Gajah.

“Manakala enam keluarga membabitkan 18 orang pula adalah dari Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang dan Kampung Bukit Asahan di Jasin,” ujarnya di sini hari ini.

Sementara itu satu lagi PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Chohong, Jasin, Melaka.

Menurutnya, jumlah mangsa ketika ini masih dalam proses pendaftaran setakat pukul 9.00 malam ini- SM

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button