Hiburan

Hantar anak ke sekolah, Mawar Rashid dituduh malas jaga anak

HANYA kerana menghantar anak ke sekolah di usia setahun, pelakon, Mawar Rashid telah dituduh malas menjaga anak.

Menurut Mawar, tuduhan itu dilemparkan netizen menerusi mesej di akaun Instagram miliknya.

Netizen itu menuduh Mawar malas menjaga Rafael yang baru berusia setahun dan menyifatkan wanita itu seperti tidak suka akan anaknya.

Tidak melatah dengan tuduhan yang dilemparkan, Mawar memberitahu yang dia telah memaafkan netizen itu.

“Semoga Allah bersihkan hati awak. Saya doakan awak untuk banyak membuat dan bercakap tentang kebaikan.

“Saya hanya terima satu sahaja mesej negatif manakala selebihnya banyak memberi mesej yang positif,” katanya.

Menurut Mawar, dia mempunyai sebab mengapa keputusan untuk menghantar anaknya ke sekolah diambil.

Jelasnya, kesibukan bekerja dan mencari rezeki membuatkan dia tidak boleh memberi sepenuh masa kepada anaknya dan memilik untuk menghantar anaknya ke sekolah.

“Kalau saya ini surirumah, memang saya tidak akan hantar Rafel ke sekolah sebab boleh beri fokus 100 peratus kepadanya.

“Rafael sekrang dalam fasa mempelajari dan saya tidak mahu sia-siakan waktu itu. Sebab itu saya hantar dia ke sekolah untuk belajar pelbagai kemahiran termasuk bersosial,” ujarnya.

Tambah Mawar, dia juga risau yang anaknya akan menghadap gajet selalu dan perkara itu adalah sesuatu yang tidak diingini sejak dahulu lagi.

“Dulu masa saya tidak aktif bekerja, Rafael memang tidak tengok phone langsung sebab saya banyak bersama dengan dia.

“Tetapi sekarang sudah tidak mampu di atas faktor kehidupan dan saya tidak mahu Rafel rasa sunyi apatah lagi selepas saya melahirkan anak,” katanya.

Mawar kini sedang menanti masa untuk melahirkan anak keduanya bersama dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob.

Pasangan ini berkahwin pada November 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Raden Muhammad rafael pada Mac tahun lalu. -SM

(Visited 443 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button