NegeriRencah Hidup

Raja Muda, Raja Puan Muda rasmi Perayaan Kuih Bulan

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menerima undangan bagi merasmikan Majlis Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Dewan SJK (C) Hwa Aik, Arau.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengerusi Bahagian Wanita Perhimpunan Cina Perlis merangkap Pengerusi Majlis Sambutan Perayaan Kuih Bulan, Dr. Tan Fee Yean dan Guru Besar SJK (C) Hwa Aik, Kung Hong Lian.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan merasmikan secara simbolik Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Dewan SJK (C) Hwa Aik, Arau.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman.

Tan dalam ucapan alu-aluan memaklumkan bahawa Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan kebudayaan utama yang disambut oleh kaum Cina.

Menurut tradisi, pada hari tersebut ahli keluarga serta rakan-rakan pelbagai kaum akan bersama-sama meraikannya.

Ia turut diraikan dengan perarakan Tanglung serta kuih bulan yang berbentuk bulat yang juga dikenali sebagai “kek penyatuan” yang melambangkan kesepaduan dan kesempurnaan.

Pelbagai persembahan disajikan kepada para tetamu yang hadir.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bersalaman dengan pelajar SJK (C) Hwa Aik, Arau.

Antaranya persembahan Gendang 24 Musim oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis dan tayangan ringkas mengenai asal-usul ‘Mid-Autumn Festival’ (Lagenda Chang-E).

Persembahan lain termasuklah Tarian Tradisional Payung oleh pelajar SJK(C) Hwa Aik, persembahan Tarian Tradisional Kipas oleh Kelab Tarian Arau dan persembahan Diabolo oleh sepasang adik-beradik.

Majlis pada malam itu diserikan dengan penyempurnaan simbolik perasmian oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah.

Raja Muda turut berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada para pemenang Pertandingan Pembuatan Tanglung kepada Jessalyn Lee Yee Xuan, Ong Kah Chern, Teoh Hui Jia yang merupakan pemenang pertama hingga ketiga kategori tahap 1 dan Ooi Rui Xi, Ooi Yi Fan dan Chong Jin Chien yang merupakan pemenang pertama hingga ketiga bagi kategori tahap 2.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan guru dan pelajar sempena Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Dewan SJK (C) Hwa Aik, Arau.

Raja Puan Muda pula mengurniakan hadiah-hadiah kepada para pemenang pertama hingga ketiga bagi kategori pra sekolah iaitu Aldrich Ethan Ak Leonard, Laddawann dan Sofea Ain Kong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah supaya rakyat Perlis akan terus bersatu padu meskipun berbeza agama dan bangsa.

Sambutan perayaan ini membuktikan meskipun terdapat perbezaan, masyarakat di Perlis tetap bersatu dan menghormati antara satu sama lain. – SM

BACA Kuih Titisan Hujan viral, cuba jangan tak cuba

BACA Tart Harumanis kuih raya paling “rare” tahun ini

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button