Nasional

Kedai komputer, telekomunikasi, buku dibenar beroperasi

Kedai menjual peralatan komputer, telekomunikasi, buku dan alat tulis dibenarkan beroperasi.

Sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini bersetuju untuk membenarkan kedai terbabit dibuka sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa esok.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran tersebut diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar
dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tanpa ganguan.

“Pandemik COVID-19 ini telah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional.

Sementara itu, 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan kerajaan.

“Semalam, 438 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 404 individu dikompaun manakala 33 lagi direman dan satu dijamin.

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan terhadap enam lokaliti bermula 17 Julai hingga 30 Julai.

Tiga lokaliti membabitkan kawasan di Sabah iaitu Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat; Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang; Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau.

Sementara tiga lagi lokaliti terletak di Kerian, Perak melibatkan Apartment Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok dan Tanjung Kampung Binjai.

PKPD di tiga lagi lokaliti dilanjutkan sehingga 30 Julai iaitu Kilang Latexx Manufacturing Sdn. Bhd. dan Asrama Pekerja Kilang Latexx (Latexx Village and Ivor Hostel), Taiping, Perak; Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka dan Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah.-SM

 

 

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button