NasionalPolitik

Anwar yakin mendapat undi majoriti dua pertiga minggu depan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin memperoleh undi majoriti dua pertiga dalam sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin.

Kata ahli parlimen Tambun itu, berdasarkan komitmen yang diberikan pemimpin parti di bawah kerajaan perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan dan pihak lain.

“Tolong doakan yang terbaik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini.

Pada 24 Nov, Anwar berkata beliau akan menguji “sokongan majoriti”nya di Dewan Rakyat pada 19 Dis melalui undi percaya.

Ini berlaku selepas Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan kesahihan dakwaan Anwar mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button