Nasional

Sarawak larang aktiviti sambutan Tahun Baharu

JAWATANKUASA Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah melarang sebarang aktiviti menyambut Tahun Baharu diadakan memandangkan negeri itu masih berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.

Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara memerlukan premis perniagaan menghentikan operasi menjelang 12 tengah malam setiap hari.

JPBN Sarawak dalam satu kenyataan pada mengatakan pengusaha premis perniagaan yang didapati melanggar larangan ini akan dikenakan kompaun dan pihak berkuasa akan memperhebatkan operasi bersepadu untuk memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Dalam pada itu, sektor pusat permainan kanak-kanak (arked) di pusat beli-belah akan dibenarkan beroperasi semula mulai 1 Januari tahun depan, mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

“Pengusaha arked kanak-kanak mesti memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan sebelum mereka memulakan operasi,” katanya.

Jangkitan Covid-19 di Sarawak terus menurun kepada 19 kes pada semalam daripada 21 kes pada Isnin lalu, tanpa kematian baharu, kluster baharu atau kluster akti dilaporkan. – SM

(Visited 410 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button