Ekonomi

PT Resources catat kenaikan 341 peratus untung bersih untuk suku keempat

Syarikat akan menumpukan pada meluaskan kehadiran perniagaan melangkaui Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 30 JUN 2023 – PT Resources Holdings Berhad (“PT Resources” atau “Syarikat”), pemproses dan peniaga produk makanan laut sejuk beku, dan peniaga produk makanan lain, hari ini melaporkan keuntungan selepas cukai sebanyak 341 peratus kepada RM18.6 juta bagi suku keempat berakhir 30 April 2023 (“S4 TK2023”) berbanding RM4.2 juta pada S4 TK2022.

Manakala hasil untuk S4 TK2023 meningkat 98.6 peratus kepada RM146.5 juta berbanding RM73.8 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Mengikut segmen, pemprosesan dan perdagangan perniagaan produk makanan laut sejuk beku menyumbang hasil sebanyak RM140.1 juta manakala dagangan perniagaan produk lain menyumbang hasil sebanyak RM9.6 juta.

Mengikut pasaran geografi, Malaysia menyumbang hasil sebanyak RM54.9 juta manakala pasaran luar negara yang terdiri daripada China, Arab Saudi, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu menyumbang hasil sebanyak RM91.5 juta.

Bagi 12 bulan berakhir 30 April 2023 (“12M TK2023”), Syarikat melaporkan keuntungan 72.8 peratus dalam PAT kepada RM36.5 juta berbanding RM21.1 juta pada 12M TK2022. Hasil meningkat 43.9 peratus kepada RM502.6 juta pada 12M TK2023 berbanding RM349.1 juta dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Pengarah Urusan PT Resources, Encik Heng Chang Hooi berkata, “Prestasi kewangan syarikat pada suku dalam tinjauan disokong oleh keuntungan kasar sebanyak 180.4 peratus kepada RM20.8 juta berbanding S4 TK2022. Margin keuntungan kasar juga meningkat kepada 14.2 peratus berbanding 10 peratus pada S4 TK2022 disebabkan oleh penetapan harga yang kompetitif melalui pembelian pukal. Terdapat juga peningkatan dalam permintaan domestik sebanyak 22.9 peratus manakala permintaan luar negara meningkat 215.1 peratus terutamanya disebabkan oleh pembukaan semula ekonomi pasaran yang kami jual,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjuta katanya, syarikat sedang mengintai permintaan yang besar dalam industri sedia untuk dimakan atau sedia untuk dimasak di China.

“Dengan memanfaatkan perniagaan teras Syarikat, kami telah membekalkan sejumlah besar bahan mentah kepada industri sedia untuk dimakan atau sedia untuk dimasak termasuk syarikat pengeluaran makanan di China. Oleh itu, kami optimis terhadap masa depan Syarikat apabila kami berkembang di seluruh Asia Tenggara termasuk China. Di samping itu, kami merancang untuk mempelbagaikan variasi makanan laut kami serta produk lain melalui sumber bekalan dari Indonesia melalui anak syarikat kami yang baru diperbadankan, iaitu PT MCI International Indonesia dan PT Resources International Group.” tambahnya.

Syarikat juga menyedari kesan kepada industri makanan laut daripada pelepasan air sisa dari Fukushima, Jepun dan bersedia untuknya melalui pelan kecemasan.

Harga saham PT Resources ialah RM0.54 dengan permodalan pasaran 288.9 juta pada 30 Jun 2023.

Berita tentang air sisa Fukushima, Jepun.

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button