Ekonomi

Program Volvo SELEKT teroka industri automotif negara

PERMINTAAN kereta mewah yang semakin tinggi di pasaran automotif Malaysia mendorong Volvo Selekt untuk tampil kenderaan yang bergaya serta berkualiti.

Menerusi Volvo SELEKT, pelanggan dihidangkan dengan perkhidmatan profesional dalam setiap pembelian ikonik Scandinavia ini.

Pengarah Urusan Ingress Swede Automobile, Rabian Ab Rahman berkata, pihaknya sentiasa meneroka peluang baharu untuk terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia.

“Kami percaya kejayaan yang dicapai adalah bergantung kepada keupayaan kami untuk berada selangkah ke hadapan dan memahami keperluan pelanggan.
“Oleh kerana itulah kami amat berbesar hati melancarkan kenderaan pra-milik Volvo SELEKT,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran itu merupakan langkah strategik yang membolehkan mereka memanfaatkan pasaran yang sedang berkembang pesat.

Sekaligus turut mengukuhkan kerjasama yang terjalin dengan Volvo Car Malaysia selain menyokong matlamat kelestarian.

“Kami teruja dengan potensi dan peluang yang akan dibawa oleh program ini dan sudah tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada pelanggan,” ujarnya.

Volvo SELEKT ialah program membeli semula kereta jenama Volvo yang terpakai dan dijual kembali kepada pelanggan.

Bagaimanapun, katanya, setiap daripada kenderaan yang terpakai itu perlu menjalani proses ujian dan pemeriksaan di bawah program SELEKT demi memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi.

Untuk makluman, setiap kenderaan turut dilengkapi dengan jaminan minimum setahun, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam dan hanya kenderaan bebas kemalangan serta banjir yang diluluskan dengan jaminan kurang dari 5 tahun atau 100,000 km jarak bantuan.

VOLVO SELEKT
VOLVO SELEKT

Selain itu, kenderaan yang pelbagai pilihan sesuai dengan keperluan dan bajet yang berbeza.

Sementara itu, Penyelia Pengedar Utama Ingress Swede Automobile, Azeman Akram berkata, antara kelebihan istimewa yang ditawarkan oleh program Volvo SELEKT, semua kenderaan di bawah program ini diubahsuai dengan teliti menggunakan hanya bahagian dan aksesori tulen Volvo semasa proses pemulihan dengan peningkatan perisian terkini.

Ini, katanya, adalah bagi memastikan kenderaan itu berada dalam keadaan sempurna dan sedia untuk digunapakai.

“Rekod jarak perjalanan atau perbatuan dan sejarah penyelenggaraan akan menjalani pengesahannya untuk memastikan kualiti terbaik ditawarkan kepada pelanggan,” jelas beliau.

Pakej perkhidmatan Volvo (VSA) menawarkan jaminan antara tiga hingga lima tahun selain pakej penyelenggaraan percuma selama sekurang-kurangnya satu tahun.

 

Volvo Car Malaysia buka Pusat Pembaikan Kerosakan Bertauliah terbesar di Juru, Pulau Pinang

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button