Nasional

Najib akan kembalikan RM800 ke Tabung Bencana Negara

DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, jika benar wang sebanyak RM800 dibayar terus ke akaun isterinya Datin Seri Rosmah Mansor beliau akan menyumbangnya ke Tabung Bencana Negara.

Menurut Najib, ia cara mudah untuk sesiapa yang menerima Bantuan Prihatin dan merasakan tidak layak untuk mengembalikannya kepada kerajaan semula.

“Ada posting yang sedang disebar oleh penulis media sosial PH bahawa bini saya telah diluluskan untuk menerima Bantuah Prihatin sebanyak RM800.

“Seperti diumumkan kerajaan, kerajaan akan membayar bantuan secara automatik mengikut database LHDN tanpa perlu dimohon.

“Bagaimanapun, bini saya kata dia tak pernah memohon dan juga tak pernah menerima SMS bahawa dia layak untuk dibayar RM800 itu.

“Dalam laman web untuk semak Bantuan Prihatin pun tiada rekod. (Kita sedia maklum bahawa penulis media sosial adalah pakar gambar dan video edit)

“Jika ianya benar dan wang RM800 itu dibayar secara automatik ke dalam akaun bank isteri saya, ianya akan disumbangkan kepada Tabung Covid kerajaan,” kata Najib.

“Sebenarnya, saya menyambut baik usaha kerajaan PN untuk cuba membantu seberapa Rakyat yang mungkin dalam krisis Covid luar biasa ini.

“Sesiapa lagi yang menerima bayaran bantuan ini dari kerajaan PN dan rasa mereka tidak memerlukannya, boleh salurkan bayaran itu kepada Tabung Covid kerajaan.

“Dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara).

“Inilah cara paling mudah untuk mengembalikan wang tersebut kepada kerajaan.

“AMARAN: Jangan salah hantar ke Tabung Harapan pulak,” kata Najib.

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button