NasionalNegeri

Pendidik usah ketinggalan evolusi pendidikan – Raja Muda Perlis

PARA pendidik baik di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun sekolah masa kini tiada pilihan selain terpaksa melihat pendidikan dalam konteks dunia yang sedang mengalami evolusi yang sangat agresif.

Jika kita lambat bertindak maka kita akan ketinggalan.

‘Cashless’, ‘Content Creator’, ‘Digital Nomads’, ‘Crypto Currency’, ‘Coding Language’ dan ‘Digital Learning’ adalah antara fenomena dalam evolusi pendidikan terkini yang sedang kita tempuhi.

Maka wajar proses ‘learn’, ‘unlearn’ dan ‘relearn’ dilaksanakan bagi memastikan sistem pendidikan kita tidak sekali-kali ketinggalan khususnya dalam sistem penyampaian ‘content of knowledge’ kepada para pelajar.

Pendekatan penyampaian yang lebih berorientasi ‘learners friendly’ serta ‘trendy’ mengikut kesukaan para pelajar perlu difahami oleh para pendidik.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah
RM21,000 kepada seramai 30 asnaf terpilih masing-masing menerima RM700
setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Al Huda, Felda Mata Ayer, Padang Besar (Utara) Perlis untuk diagihkan oleh amilnya, Azizan Arifin.

Mengiringi Baginda, Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada masa yang samaRaja Muda yang amat mengambil berat perihal pembangunan pendidikan di negeri ini bersyukur kerana Perlis mempunyai ruang ‘support system’ pendidikan melalui pelbagai platform yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia dan berharap agar ianya dapat terus dipergiatkan lagi dari masa ke semasa demi menjamin anak bangsa pewaris bangsa negeri dan negara kita akan terpelihara. – SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button