Nasional

Bekalan beras sebagai makanan ruji negara mencukupi

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberikan jaminan bahawa bekalan beras sebagai
makanan ruji negara di pasaran adalah mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memberitahu, pada masa ini, pengedaran stok beras putih tempatan (BPT) sedang giat dijalankan dan penurunan harga beras putih import (BPI) di antara RM2 hingga RM3 turut dilaksanakan bagi menampung keperluan para pengguna seperti yang dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bulan lalu.

Sehingga kini, stok fizikal beras negara adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.

Bagi maksud keterjaminan bekalan beras negara, jumlah tersebut adalah stabil serta mampu menampung keperluan untuk tempoh 5.48 bulan. Tambahan pula, jumlah stok fizikal beras negara berbanding jumlah penduduk adalah antara yang tertinggi dan terjamin di rantau ini.

Kerajaan turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjamin peningkatan pengeluaran beras tempatan khususnya melalui 12 Inisiatif Gelombang Padi.

Antara yang dirangka adalah peluasan program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan, program
penanaman padi 5 musim untuk 2 tahun dan ini siatif memperkukuh infrastruktur pengairan sawah.

KPKM juga menggalakkan penanaman dan pengambilan hasil tanaman-tanaman lain yang bernutrisi dan sihat oleh rakyat selain daripada makanan ruji negara.

Perkara ini adalah antara penekanan utama KPKM dalam melaksanakan agenda keterjaminan makanan negara selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2021-2030. – SM

(Visited 11 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button