Rencah Hidup

KP Jakim meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 1 petang tadi.

Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Allahyarham meninggal dunia akibat akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

“Jenazah Al-Marhum akan dibawa pulang ke rumah beliau di Kuang, Selangor untuk urusan pengkebumian pada petang ini.

“Semoga roh al-marhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Semalam, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam satu kenyataan memberitahu, Paimuzi bebas daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan itu, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 pada Selasa iaitu 6 Oktober lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.-SM

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button