Hiburan

Tak dapat sambut hari jadi di kedai ‘hipstur’, Sharifah Zarina, anak dikecam netizen

SEBENARNYA apa yang berlaku cumalah hal kecil sahaja tetapi menjadi besar apabila mula ditularkan di laman sosial.

Kalau diikutkan apa yang diceritakan oleh penyanyi, Sharifah Zarina, dia mendakwa yang kehadirannya ke kedai itu adalah kerana ingin menyambut hari jadi anaknya, Athalia Deena Buswani.

“Saya tempah pukul 3.30 petang untuk 10 orang dan bila sampai pukul 4.15 petang, kakitangan restoran beritahu yang kami boleh masuk.

“Tetapi kena order segera sebab nak tutup kedai awal kerana ada majlis. Masalahnya kenapa bagi masuk? Kenapa tiada notis?

“Katanya notis dah letak di Instagram. Apa dia ingat saya tiada kerja ke nak tengok Instagram 24 jam,” katanya.

Menurut Zarina, susulan kejadian itu dia terpaksa mencari kedai lain yang lebih ‘mahal’ untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran anaknya itu.

Bagaimanapun, video tersebut yang dimuat naik di akaun Instagram telah pun diturunkan tanpa diketahui sebabnya.

Sementara itu, Athalia yang sebelum ini tular kerana dakwaan bercinta dengan Alvin Chong memberitahu yang perkara itu telah memalukannya.

“Apa yang berlaku adalah sesuatu yang memalukan saya. Tiada orang nak beritahu kami yang tempat itu akan ditutup untuk majlis.

“Sebab kalau kami tahu awal, kami boleh keluar terus dan cari tempat lain. Saya bersuara bukan sebab saya seorang ‘influencer’ tetapi saya tidak mahu orang lain terkena perkara yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan ibu dan anak ini mengundang padah apabila mereka diserang netizen yang beranggapan bahawa video keluhan mereka adalah keterlaluan.

Ada yang berpendapat, melihat pengumuman sesuatu kedai di akaun media sosial adalah perkara biasa sebelum membuat tempahan atau hadir ke sana.

Malah, ada juga yang menyifatkan Athalia memalukan dirinya sendiri selepas mengamuk dan mengangkat dirinya sebagai seorang ‘influencer’.

Sementara itu, pemilik restoran Pokok KL, Christine Bong menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu yang kedua-dua mereka telah melakukan fitnah.

“Pertama sekali, kami sudah beritahu di semua sosial media sehari sebelum berkenaan penutupan restoran bagi sebuah majlis yang akan diadakan.

“Bila kami beritahu mereka yang kedai akan ditutup pada pukul 5 petang dan mereka terlepas masa untuk memilih makanan, tiba-tiba kami yang disalahkan,” katanya.

Christine Bong turut bertanya jika ada peguam yang berminat untuk membawa kes fitnah ‘insta-famous’ ini ke mahkamah bagi pihak mereka. -SM

(Visited 722 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button