MahkamahNasionalNegeri

Remaja lelaki cekik adik sampai mati direman seminggu

SEORANG remaja lelaki yang dipercayai menjadi mangsa buli di asrama ,mencekik adiknya sehingga mati direman seminggu, bermula hari ini, Khamis hingga 12 Julai. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyikin Rosli di Mahkamah Majistret Melaka.

Remaja yang berusia 14 tahun itu, merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah dibawa ke mahkamah pada pukul 9 pagi tadi dengan berpakaian reman berwarna ungu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, remaja tersebut dipercayai mencekik adiknya sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu, Rabu lalu, tidak mempunyai sebarang rekod masalah disiplin.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia sembilan tahun ditemui jirannya di ruang tamu dengan kesan cedera di bahagian muka, hidung dan leher.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa murid Tahun Tiga itu oleh orang awam sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

Bapa mangsa, Najli Yakob, 42, tidak menyangka keceriaan tiga beradik makan serta bergelak ketawa sehari sebelum kejadian adalah kenangan terakhir mereka bersama.

Menurut beliau, mangsa Muhammad Haziq Damiri Najli, 9, sememangnya rapat dengan abang sulung berusia 14 tahun itu.

Namun kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu. – SM

BACA Tempoh reman remaja 19 tahun dilanjutkan

BACA Remaja perempuan direman 6 hari kerana baling pisau pada adik hingga mati

 

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button