Politik

Mahathir pelik orang cium tangan pencuri

Oleh BERNAMA 

LANGKAWI, 20 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan rakyat agar berwaspada dalam memilih pemimpin bagi mengelak kemungkinan negara diterajui semula oleh apa yang disifatkan beliau sebagai pencuri.

Perdana menteri merangkap pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau tidak faham bagaimana sesetengah masyarakat mudah terpengaruh dengan orang yang kini menghadapi perbicaraan atas tuduhan melakukan perbuatan itu.

“Kita sampai kepada satu tahap yang orang cium tangan pencuri, panggil bossku, jadi bossku curi duit pun tak apa. It’s okay to steal (Adalah okay mencuri),” katanya dengan nada sinis.

“Saya tak taulah macam mana orang boleh terpengaruh dengan seorang yang even now is facing a trial for cheating, for stealing money (malah sekarang sedang dibicarakan bagi pertuduhan menipu, mencuri duit),” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas melawat projek demonstrasi 5G di sini, hari ini.


(Visited 30 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button