Politik

Mahathir mudah lupa, bukan Melayu mudah lupa

Gerakan Tanah Air satupadukan orang Melayu, kata Tun M

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil terpanggil untuk mencatat tentang pengumuman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang penubuhan Gerakan Tanah Air.

Kata Isham dalam catatannya di Facebook, semalam Tun Mahathir memberi bayangan bahawa dia akan tubuhkan gagasan parti politik Melayu yang baharu.

Dia kata, gagasan parti politik ini adalah kononnya untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Dia lupa selama ini dialah yang memecahkan perpaduan orang-orang Melayu di Malaysia.

Dia bergaduh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat 30 tahun lepas lalu berpecah orang Melayu dan tertubuh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Dia bergaduh dengan Pak Lah dekat 15 tahun lepas lalu lemah orang Melayu dan hilang 2/3 kerusi di Parlimen.


“Dia bergaduh dengan Najib Razal dekat 7 tahun lepas lalu berpecah orang Melayu dan tertubuh PPBM.

“Dia bergaduh dengan Muhyiddin Yassin dua tahun lepas lalu berpecah PPBM tertubuh Pejuang,” catat Isham secara terus terang.

Kata Isham, Tun Mahathir kalah pilihanraya di Johor hilang deposit di semua kerusi lalu dia tak puas hati dan ingin tubuh gagasan parti Melayu untuk pecah lagi undi Melayu.

Tindakan Mahathir ini menguntungkan Pakatan Harapan (PH) dan DAP sahaja, kata Isham.

“Sebab dia tahu adalah sukar untuk dia menang kerusi dalam pilihanraya oleh itu dia hanya boleh pecah undi Melayu.

“Dan jika dia berjaya pecah undi Melayu, maka PH dan DAP yang akan menang dan untung. Mungkin ini rancangan sebenar dia sebab ramai kroni-kroni dan taikun-taikun yang sokong dia juga sokong PH dan DAP,” catat Isham lagi.

Kata Isham, Tun Mahathir dan kroni-kroni dan taikun-taikun ini tidak kisah akan kesusahan rakyat atau orang-orang Melayu.

Sebab itu dulu semasa dia (Mahathir) berkuasa dia kata jangan iri hati kepada orang kaya dan bila rakyat susah dia suruh rakyat ikat perut dan jangan harap bantuan kerajaan, kata Isham.

Pada hemat Isham Jalil, siapa yang undi Tun Mahathir dan gagasan parti baru dia ini akan undi kroni, taikun dan sanggup ikat perut apabila susah kerana untuk jaga orang kaya. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button