Nasional

Masalah ditinggalkan kerajaan dahulu halang Dr Mahathir lepaskan jawatan segera

TUN Dr Mahathir Mohamad  masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan dahulu menyebabkan beliau tidak boleh segera melepaskan jawatan perdana menteri keapda Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika mengulangi bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir menegaskan itu akan berlaku selepas beliau menyelesaikan masalah-masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Saya telah berjanji, bahawa saya akan melepaskan jawatan sebaik sahaja saya menyelesaikan beberapa masalah utama yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Saya akan serahkan kepimpinan kepada seorang calon yang telah dinamakan oleh pakatan (Pakatan Harapan),” katanya dalam temuramah yang disiarkan secara langsung oleh stesen Al Jazeera, di Forum Doha 2019, di Doha pada Sabtu seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Dalam penjelasan lanjut, Perdana Menteri berkata beliau telah melalui pengalaman buruk mengenai penggantinya selepas beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri keempat pada tahun 2003.

“Saya telah namakan pengganti saya, dan (kemudian) mereka ambil alih dan buat perkara yang berbeza,” kata Dr Mahathir.

Semasa ditanya sekiranya beliau akan melepaskan jawatannya selepas tahun 2020, Dr Mahathir berkata beliau akan berbuat demikian hanya selepas membetulkan semua masalah-masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu, yang amat serius dan tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.

Beliau berkata kerajaan telah diberi mandat selama lima tahun bagi mencapai objektifnya, dan banyak yang sudah dicapai dalam tempoh satu setengah tahun yang lepas, termasuk menambah baik keadaan kewangan negara. – BERNAMA

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button