Ekonomi

AmInvest menang anugerah Sukuk Global Terbaik 2019

AmInvest yang merupakan cabang pengurusan dana AmInvestment Bank, merangkul Anugerah Pengurus Dana Sukuk Global Terbaik 2019.

Ia sempena majlis Anugerah Tahunan Pengurus Dana Luaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2020.

KWSP telah menilai AmInvest berdasarkan prestasi tiga tahunnya daripada aspek kewangan termasuk pulangan pelaburan, kadar pulangan wajaran masa dan nisbah maklumat serta standard penilaian perkhidmatan lain seperti pematuhan, latihan disediakan dan kualiti perkhidmatan.

“Pertumbuhan perniagaan patuh Shariah AmInvest daripada segi aset di bawah pengurusan (AUM) telah meningkat tahun ke tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk tempoh satu tahun sehingga akhir Disember 2019, jumlah AUM AmInvest naik sebanyak 20 peratus, dipacu oleh pertumbuhan dana sukuk dan dana pasaran wangnya.

Setakat 31 Disember 2019, AUM patuh Shariah AmInvest adalah sekitar RM10.8 bilion yang terdiri daripada pelaburan sukuk dan pasaran wang.

Pegawai Prinsipal dan Ketua Pegawai Pelaburan AmIslamic Funds Management Sdn Bhd, Kevin Wong Weng Tuck berkata bank kekal positif untuk sukuk kerana kadar faedah global berada pada trend menurun dengan memperkenalkan pakej rangsangan besar oleh bank pusat utama di seluruh dunia untuk merangsang ekonomi .

“Bagaimanapun, kami akan tetap berhati-hati melalui pengawasan kredit terhadap pelaburan sukuk dengan mengambil kira kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi dan kesannya terhadap pendapatan perniagaan, serta keyakinan pengguna,” kata kenyataan itu, – SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button