EkonomiNasional

Malay Town: Simbolik budaya Melayu di Kuala Lumpur

KEWUJUDAN Malay Town wajar dianggap satu pengenalan dan promosi budaya tradisional Melayu dalam permodenan pembangunan Kuala Lumpur.

Ini kerana, pasar malam berkonsepkan ala-Uptown itu bakal mengenengahkan pengusaha jualan produk bercirikan kebudayaan Melayu.

Ini termasuklah pembukaan beberapa kedai yang menjual produk kebudayaan seperti tanjak, baju Melayu dan sebagainya di tarikan baharu Kuala Lumpur itu.

“Sebelum ini kami berkolaborasi dengan pengurusan yang lama untuk penjenamaan semula dengan konsep Melayu.

“Malay Town masih di bawah lesen peniaga pasar malam, tetapi kami juga cuba ketengahkan konsep kualiti dan ekonomikal.

BACA > Pencemar mural Agong dilakukan dua wanita? — Suara Merdeka

“Selain itu juga akan ketengahkan pelbagai aktiviti-aktiviti kebudayaan Melayu dalam Malay Town sebagai usaha untuk membantu peniaga di sini.

“Kita ada Little India dan China Town, jadi Malay Town diwujudkan bagi memastikan semua barangan bercirikan Melayu boleh berada di sini.

“Generasi-generasi baharu ini moden, jadi ini cara kita hendak beritahu budaya Melayu walaupun mereka tinggal di bandar raya besar.”

Demikian kata Pengarah Urusan Pengurusan hab perniagaan itu, Datuk Seri Hasnizal Hassan ketika ditemui wartawan Suara Merdeka.

HASNIZAL HASSAN

Menurutnya lagi, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Malay Town kini dibuka secara berperingkat.

Peniaga-peniaga baharu juga mula masuk secara berperingkat dengan bantuan-bantuan diterima daripada pengurusan.

Tambah Hasnizal, peniaga-peniaga sememangnya terjejas akibat PKP dan pandemik Koronavirus (Covid-19).

BACA > Ubah, pinda akta, lindungi pengusaha pelancongan tempatan — Suara Merdeka

Justeru, dalam tempoh ini sehingga Covid-19 diisytiharkan bebas, peniaga berhadapan kesukaran untuk mendapatkan pelanggan dalam masa terdekat.

“Terdapat 250 gerai ditawarkan di Malay Town yang terbahagi kepada dua zon iaitu A dan B. Di Zon A, hampir 50 peratus gerai sudah disewa.

“Di Zon B pula ada 150 lot dan 50 daripadanya sudahpun dimiliki. Bermula minggu hadapan, akan mula masuk peniaga secara perlahan-lahan.

“Kita tidak mahu buat secara drastik supaya peniaga-peniaga tidak terkejut dengan suasana dalam Malay Town dan juga situasi pasca PKP yang boleh berubah pada bila-bila masa.

“Dalam situasi sekarang ini, kita tidak mahu menekan penyewa. Biar mereka masuk dan ambil kesempatan ini untuk mempromosikan gerai masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kedudukan Malay Town adalah strategik berhampiran Hentian Bas Pekeliling.

Ia juga mudah diakses menggunakan pengangkutan awam seperti Aliran Transit Ringan dan Monorail di Stesen Titiwangsa.

BACA > Realiti kehidupan Orang Asli diangkat jadi drama — Suara Merdeka

Malah, pada masa akan datang, lokasi tersebut juga akan menjadi hab pengangkutan awam rel kerana stesen bagi laluan Aliran Transit Massa (MRT) sedang dalam pembinaan. – SM

(Visited 940 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button