Politik

MB Negeri Sembilan berdepan saingan empat penjuru

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berdepan tugas getir bakal berdepan saingan empat penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akan berdepan Ahmad Raihan Muhamad Hilal dari Perikatan Nasional (PN) serta dua calon Bebas Mohammed Hafiz Baharudin dan Bujang Abu.

Pengumuman tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sikamat, Saiful Saadon di pusat penamaan calon di Dewan Komuniti Coral Heights di sini, kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Aminuddin yang mempertahankan kerusi yang dimenangi sejak PRU12 berkata, beliau yakin PRN kali ini akan memberikan satu impak yang baik kepada masyarakat untuk memilih calon-calon yang layak.

“Proses demokrasi berjalan lancar dan saya akan terus bekerja bagi memastikan kemenangan ini bersaing dengan tiga calon lain.

“Calon lain pun mereka pun ada peluang ada muka lama bertanding atas tiket Bebas buat kali ketiga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai pengumuman calon-calon bertanding di Dewan Komuniti Coral Heights di sini hari ini.

Aminuddin memenangi DUN Sikamat sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008 dan kemenangan beliau di DUN berkenaan pada PRU14 membolehkan PH membentuk kerajaan negeri serta beliau dilantik sebagai Menteri Besar.

Pada PRU14, memenangi 20 kerusi daripada keseluruhan 36 buah kerusi DUN di Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR menewaskan tiga calon iaitu Syamsul Debat mewakili Barisan Nasional (BN), Rahim Yusof mewakili Pas dan Bujang, yang sebelum ini turut mempertaruhkan nasib sebagai calon Bebas dengan majoriti 3,413.

Pada PRN kali ini, jumlah pemilih di DUN Sikamat adalah seramai 32,343 dengan 32,161 pengundi biasa. – SM

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button