Ekonomi

Ringgit susut berikutan pengukuhan USD

RINGGIT meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika (USD) pada sesi awal Isnin selepas minat risiko dalam pasaran tempatan dijejaskan oleh pengukuhan ketara unit negara maju itu menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Terbuka Persekutuan AS (FOMC).

Pada jam 9 pagi ini, nilai ringgit turun ke paras 4.5670/5710 berbanding USD daripada 4.5600/5655 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka diniagakan dalam sentimen berhati-hati minggu ini dengan tumpuan utama kepada beberapa siri mesyuarat bank-bank pusat utama yang dimulakan dengan mesyuarat dua hari FOMC pada 25-26 Julai ini.

“Kebanyakan negara menjangkakan kenaikan sebanyak 25 mata asas. Langkah sama juga dijangka dilaksanakan oleh Bank Pusat Eropah (ECB) yang menaikkan 25 mata asas lagi dalam kadar dasarnya.

“Bagaimanapun, mesyuarat dasar Bank of Japan pada 28-29 Julai ini akan menyaksikan sebaliknya kerana berkemungkinan mahu mengekalkan dasar monetari lebih akomodasi seiring dengan Kawalan Lekuk Hasil (YCC),” katanya.

YCC merujuk kepada strategi dasar bank pusat untuk menyasarkan dan menguruskan hasil dan kadar tertentu membabitkan bon-bon kerajaan.

Beliau berkata, pasaran juga telah memberi reaksi terhadap mesyuarat FOMC dan berikutan itu impak ke atas ringgit dijangka tidak sebegitu ketara

“Sehubungan itu, kita akan menyaksikan permintaan terhadap USD terus mengukuh dan menyebabkan gandingan USD-ringgit dalam julat RM4.56 hingga RM4.57 hari ini,” katanya kepada Bernama. –  SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button