fbpx
Nasional

Madu kelulut popular kerana Mohd Sallehhuddin

SEBELUM ini siapa yang kenal tentang madu kelulut dan tahu akan khasiatnya? Mereka yang tinggal di luar bandar mungkin arif  tentangnya, tetapi majoriti tidak sedar akan khasiat madu kelulut yang melebihi madu lebah.

Sekitar tahun 2016, Kementerian Pertanian dan Industri Tani (MOA) ketika itu, telah mempergiatkan usaha mempopularkan madu kelulut.

Langkah ini bukan sekadar untuk mengketengahkan khasiat madu berkenaan, tetapi yang paling utama bagi membantu ekonomi penduduk luar bandar dengan menternak kelulut untuk madu.

Mohd Sallehhuddin bersama Ahmad Shabery Cheek yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu mencuba madu kelulut.
Mohd Sallehhuddin bersama Ahmad Shabery Cheek yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu mencuba madu kelulut.

Orang yang dipertanggungjawab untuk tugas besar ini ialah Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha di kementerian tersebut.

Ketua Setiausaha MOA pada ketika itu ialah Tan Sri Dr. Ismail Bakar.


Pada tahun 2017, usaha mempromosikan madu kelulut terus dipergiatkan termasuk melalui siri Kelulut Walk sejauh lebih 2,000 kilometer oleh pejalan kaki solo yang jug Duta Kelulut, Sabri Ali atau Pak Sabri.

Kelulut Walk mengambil masa selama 55 hari  dan Pak Sabri berjaya mencatat rekod baru Malaysia Books Of Records (MBOR) sebagai pejalan kaki solo dalam jarak paling jauh iaitu 2,109.17 kilometer, merentasi 14 negeri dalam tempoh 55 hari.

Individu penting di sebalik usaha mempromosikan mahu kelulut itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Mohd Sallehhuddin.

Segala aspek mengenai madu kelulut difahami oleh beliau sama ada daripada cara perternakan, ekosistem kelulut madu hingga kepada khasiat madu tersebut. Semuanya ibarat di hujung jari beliau.

Mohd Sallehuddin mengiringi Duta Kelulut, Pak Sabri di program Kelulut Walk pada 2017.
Mohd Sallehuddin mengiringi Duta Kelulut, Pak Sabri di program Kelulut Walk pada 2017.

Pihak MOA ketika itu, apabila ada pihak media yang mahu mendapatkan penjelasan atau mengketengahkan madu kelulut, masa orang yang diberi tanggungjawab untuk memberi penerangan ialah Mohd Sallehhuddin.

Usaha itu telah meningkatkan permintaan terhadapa madu kelulut yang secara langsung dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi pengusahanya.

Kesedaran mengenai kelulut dan mudanya juga meningkat dalam kalangan masyarakat selain pengusaha madu kelulut di seluruh negara telah bertambah.

Ada yang mengusahakannya secara sepenuh masa dan ada pula yang mengusahakan secara sambilan.

Disebabkan promosi berterusan oleh MOA ketika itu yang diketuai oleh Mohd Sallehhuddin, maka madu kelulut telah mendapat tempat dalam masyarakat.

Kini, walaupun Mohd Sallehhuddin telah meninggalkan MOA, namun usahanya dan sumbangan beliau di kementerian itu terutama dalam mempromosikan madu kelulut kepada masyarakat Malaysia tidak boleh disangkal. – SM

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button