Nasional

Muhyiddin tidak mahu sentuh politik tumpu rakyat

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini menegaskan beliau tidak akan menyentuh isu berkaitan politik ketika ini.

Beliau sebaliknya berkata,  tumpuan akan diberikan terhadap soal kebajikan rakyat dan ekonomi yang kini terjejas akibat Covid-19.

Menurut Muhyiddin, beliau boleh sahaja untuk berlawan dan membuat sanggahan namun perhatian utamanya ketika inilah berkaitan rakyat.

“Sebab itulah saya tak nak cerita pasal politik. Ada orang kata kenapa tak cakap politik, banyak orang di luar sana berpolitik, saya pun faham politik, sudah 40 tahun berpolitik, bukan saya tidak tahu.

“Nak lawan sana, nak sanggah situ sini, boleh buat, tetapi (yang) jadi perhatian utama saya tidak lain tidak bukan ialah soal kebajikan rakyat, soal pembangunan negara, soal merancakkan semula ekonomi, menjaga kesihatan penduduk dan langkah-langkah sebegitu.

“Saya kira adalah langkah yang ditunggu oleh rakyat bukan cerita pasal bergelumang dengan soal politik,” katanya

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bertemu Pemimpin bersama pemimpin masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Dewan Serbaguna Bukit Gambir hari ini.

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button