Jenayah

Sindiket dalam talian tumpas di Melaka

Kegiatan satu sindiket penipuan dalam talian lumpuh apabila 11 individu diberkas Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, penahan 11 individu itu dibuat susulan aduan yang dibuat seorang remaja berusia 15 tahun selepas didakwa dipukul dan samun sekumpulan lelaki.

Menurutnya, bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota BSJD Melaka Tengah kemudian menyerbu sebuah rumah dua tingkat di Taman Cheng Perdana pada pukul 10.40 pagi semalam.

“Hasil daripada serbuan itu polis berjaya menahan lapan lelaki dan tiga wanita warga tempatan berusia antara 18 hingga 23 tahun.

“Selain itu polis turut merampas 31 telefon bimbit, sembilan kad bank dan satu buku nota yang untuk menjalankan kegiatan penipuan atas talian,” katanya, di sini, hari ini.

Menurut Zainol, siasatan awal mendapati, sindiket terbabit bergiat aktif sejak setahun lalu di tempat lain dan mula menyewa rumah terbabit sejak sebulan lalu dengan kadar sewaan RM4,000 sebulan.

Beliau berkata, permohonan reman selama empat hari terhadap semua suspek sehingga 5 Jun ini dibuat di Kompleks Mahkamah Melaka pagi tadi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Katanya, hasil semakan mendapati 12 laporan polis telah dibuat mangsa terhadap kegiatan sindiket ini melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM65,094.74.

Jelasnya, dua kes di Kedah, Melaka, Selangor dan Terengganu selain satu kes di Perak dan Perlis.

“Empat daripada suspek turut mempunyai rekod jenayah mengikut seksyen sama bersabit tangkapan di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan,” katanya. – SM

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button