Rencah Hidup

“Macam Orang Biasa” – Khairul Aming Kongsi Rasa Bebas Bila Shopping di Luar Negara

PERSONALITI media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa lega apabila dapat menikmati detik-detik peribadi ketika berada di pusat beli-belah di luar negara — tanpa dikenali dan diganggu oleh orang ramai.

Menurut Khairul, pengalaman membeli-belah di negara asing memberinya ruang untuk menjadi diri sendiri tanpa tekanan. Baginya, ia seolah-olah satu bentuk kebebasan yang tidak dapat dirasai di tanah air.

“Di luar negara, saya rasa bebas. Tiada siapa yang kenal, saya boleh masuk mana-mana kedai tanpa perlu risau ada yang menegur atau ingin bergambar. Hanya di luar negara saya dapat rasa momen itu.”

Khairul turut mengakui pusat beli-belah sering menjadi destinasi pertamanya setiap kali melancong. Selepas hampir sedekad dikenali ramai, dia menganggap suasana tenang tanpa perhatian itu sebagai satu bentuk kelegaan peribadi.

“Dah hampir 10 tahun dikenali, kadang-kadang penat juga bila ke mana-mana pun dikenali. Jadi, bila di luar negara saya boleh rasa macam orang biasa. Itu pun dah cukup untuk rehatkan mental.”

Pengasas Sambal Nyet itu juga menekankan betapa pentingnya ruang peribadi buat figura awam sepertinya. Walaupun menghargai sokongan peminat, Khairul mengakui ada kalanya dia hanya mahu menjalani kehidupan seperti insan biasa — tanpa sorotan lensa atau perhatian luar biasa.

Kreadit: Oh Bulan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button