Luar Negara

Teksi EHang 216 lakukan demo terbang di Bali

TEKSI terbang EHang 216 secara rasminya melakukan penerbangan demo di ruang udara Kabupaten Klungkung, Bali semalam.

Teksi terbang EHang 216 merupakan kenderaan udara autonomi dengan kapasiti dua orang penumpang.

Memetik laporan ANTARA , Presiden Pengarah Prestige Image Motocars Rudy Salim berharap EHang 216 dapat menjadi perintis dalam inovasi dan pelaksanaan bandar pintar berasaskan digital serta penyelesaian mobiliti yang cekap pada harga yang berpatutan.

“Ehang 216 tersebut boleh bergerak ke kawasan terpencil dan boleh menjadi penyelesaian untuk akses laluan darat.

“Perkara ini dapat meningkatkan produktiviti dan menyokong kesihatan di Indonesia kerana ia selamat daripada pencemaran.

“Teksi terbang tersebut mampu membawa penumpang di kawasan bandar dengan memanfaatkan rangkaian internet dan dikawal oleh juruterbang di darat,” katanya.

Menurut Rudy, EHang 216 mempunyai keupayaan untuk terbang sejauh 30 kilometer (km) dan mampu mengangkat beban maksimum 220 kilogram (kg) dengan sekali pengecasan bateri.

Tambahnya, EHang 216 juga boleh pergi pada kelajuan maksimum 130 km sejam menggunakan kuasa elektrik.

Kini, EHang 216 masih menunggu kelulusan kawal selia untuk terbang secara rasmi di Indonesia.

EHang 216 yang tergolong dalam kategori Autonomous Aerial Vehicle (AAV), vertical take-off and landing (VTOL) mempunyai kelebaran 5.6 meter dan ketinggian 1.7 meter.

Rudy berkata EHang 216 mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dengan 16 kipas dan telah diuji terbang di lebih 40 bandar di lapan negara.

“Tahap keselamatan EHang 216 jauh lebih selamat berbanding helikopter konvensional kerana mempunyai 16 kipas.

“Jika ada kecemasan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah sistem amaran supaya ia tidak akan terbang.

“Jika kecemasan berlaku di udara, walaupun kipas tidak berfungsi sehingga tiga, EHang 216 masih boleh terbang.

Sistem keselamatan lain yang terdapat di EHang 216 ialah boleh kembali ke tempat asal dan mendarat secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Permotoran Indonesia (IMI), Bambang Soesatyo berkata pesawat penumpang tanpa juruterbang akan menjadi mod pengangkutan moden yang akan mengubah gaya hidup milenial pada masa hadapan.

“EHang 216 akan menjadi mod pengangkutan moden yang akan membantu rakyat Indonesia,” katanya. -SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button