Bola SepakSukan

Macam mana Chelsea boleh kalah selepas tiga kali berada di depan?

MASALAH yang dihadapi oleh Frank Lampard cukup mudah untuk dikenal pasti, pastikan pertahanannya diasak cukup-cukup mereka pasti akan koyak.

Dengan banyak duit dilaburkan oleh memantapkan serangan, barisan belakang pula nyata ada banyak kelemahan. Jika tidak ada sebarang peningkatan, Lampard perlu bimbang kerana itu akan menyebabkan kerja keras oleh  Timo Werner dan Kai Havertz hanya sia-sia.

Menonton perlawanan Chelses menentang Southampton malam tadi seperti sandiwara. Untuk satu ketika ia seperti satu perlawanan yang perlu diingati untuk Werner dan Havertz yang menjaringkan gol pertama mereka dalam Liga Perdana.

Tetapi pengakhirannya menyaksikan Chelsea terpaksa berhempas pula menahan asakan dan tekanan Southampton yang mahu mencari kemenangan dramatik selepas Jannik Vestergaard menjaringkan gol penyamaan di minit terakhir perlawanan.

Jika ditambah lima minit lagi Southampton kemungkinan akan dapat gol keempat. Chelsea yang mendahului 2-0 selepas 28 minit hasil dua jaringan Werner, hilang kawalan sepenuhnya pada separuh kedua, tidak ada kekangan di bahagian tengah daripada N’Golo Kanté dan Jorginho, dan setiap kali Southampton memberikan tekanan, empat tonggak terakhir kelihatan goyang, di mana pertahanan tengah gabungan Kurt Zouma dan Andreas Christensen gagal menunjukkan kepimpinan yang baik.

Lampard meletakkan kesalahan pada individu. Havertz nyata gagal apabila Danny Ings meletakkan Southampton untuk kembali mencabar dengan jaringan pada separuh masa pertama dan kesilapan Zouma membuka ruang kepada  Che Adams menyamakan kedudukan pada minit 57.

Kepa Arrizabalaga pula kembali menjaga gawang ekoran Édouard Mendy mengalami kecederaan selepas mewakili negaranya, sekali lagi menunjukkan kelemahan apabila teragak-agak untuk mencabar Adams, membuka ruang kepada Southampton dengan gol yang terbuka.

“Kami bermain dengan baik,” kata Lampard, jelas gagal menyembunyikan kekecewaannya.

Memang betul kata pengurus Chelsea itu. Pasukannya bermain dengan cukup baik pada separuh masa pertama, menunjukkan tanda-tanda seperti apa yang dimahukan Lampard daripada barisan serangannya.

Pertukaran hantaran satu dua cukup menyakinkan juga menunjukkan keserasian antara Havertz dengan posis No 10 bergabung dengan Mason Mount, yang disokong dari sebelah kiri oleh Ben Chilwell.

Ini jelas pada separuh masa pertama apabila kombinasi tiga pemain itu mengucar kacirkan pertahanan Southampton. Cubaan Chilwell diselamatkan Alex McCarthy, tampanannya melantun kepada Havertz. Werner menyempurnakannya tetapi golnya dinafikan kerana offside.

Kombinasi yang sama menghasilkan gol pertama Chelsea, walaupun itu sebenarnya semua usaha Werner. Mengambil hantaran daripada Chilwell, pemain Jerman itu licik memperdaya Jan Bednarek tanpa menyentuh bola sebelum melepaskan rembatan melepasi  McCarthy.

Werner sekali lagi menghukum pertahanan The Saint, hantaran Jorginho sampai kepada Werner sebelum melambungnya mengatasi McCarthy untuk mudah menanduk masuk ke gawang.

Tetapi Southampton tidak mengalah. Pelawat tetap mencipta ruang dan peluang dan kesilapan Havertz dihukum oleh Ings.

Southampton mendominasi babak kedua dan Chelsea hilang kawalan sebahagiannya kerana kegagalan Zouma pada minit 57. Hantaran ke belakang oleh pertahanan tengah itu memberi ruang kepada Adam, dengan Arrizabalaga teragak-agak untuk keluar, memberi ruang kepada penyerang Southampton itu menggegarkan gawang.

“Ini merupakan situasi yang kami sepatutnya boleh hadapi. Kalau kita boleh lolos gol seperti itu, walau macam mana pun kita bermain tidak ada gunanya,” kata Lampard.

Chelsea kembali mendahului dua minit kemudian. Christian Pulisic, yang diturunkan buat kali pertama musim ini ekoran cedera, melorongkan bola kepada Werner yang kemudiannya untuk Havertz menyudahkan dengan mudah.

Panik sudah berakhir? Belum lagi. Chelsea membawa masuk Hakim Ziyech buat pertama kali, tetapi Southampton terus cergas menjelang hujung perlawanan. Arrizabalaga berjaya menyelamatkan cubaan Ings. Cubaan Adams juga hampir mengena sasaran dan tekanan yang diberikan itu berhasil apabila Theo Walcott, yang kembali menyarung jersi Southampton selepas dipinjamkan dari Everton menyaksikan cubaannya ditanduk masuk oleh Vestergaard.

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button