Uncategorized

Mabuk tuak, 11 maut di Filipina

SEKURANG-KURANGNYA 11 orang maut dan lebih 300 lagi dirawat di hospital selepas meminum tuak daripada nira kelapa di Filipina. Mereka termasuk sebahagian yang merayakan sambutan Krismas.

Kejadian keracunan itu berlaku di Laguna dan Quezon, dua daerah di selatan Manila. Semua mereka meminum tuak yang dipanggil lambanog, minuman yang popular di wilayah berkenaan dan sangat popular ketika musim perayaan.

Menurut CNN, lambanog merupakan nira kelapa yang diperam yang mempunyai kandungan alkohol 40 hingga 45 peratus, menjadikannya sama kuat dengan minuman beralkohol seperti vodka.

Kebanyakan kematian berlaku pada Khamis dan Ahad dan mangsa dimasukkan ke hospital selepas didesak oleh Datuk Bandar.

Jabatan kesihatan tempatan memberitahu, minuman itu akan dianalisa dan contoh darah mereka yang terlibat telah diambil untuk ujian.

“Semua mempunyai rekod pengambilan lambanog. Setengahnya membeli sebagai minuman untuk riadah dan parti harijadi, sementara ada juga yang diberikan oleh pegawai-pegawai tempatan sebagai hadiah Krismas,” kata sumber jabatan itu.

Pengeluaran tuak itu tanpa kawalan merupakan perkara biasa di Filipina. Selalunya ia dihasilkan secara haram dan ditambah dengan bahan berbahaya.

Pihak berkuasa ubat-ubatan dan makanan Filipina telah mengeluarkan amaran tentang bahaya mengambil methanol terlarang sebagai bahan tambahan untuk arak yang dihasilkan di rumah. – CNN

 

 

(Visited 1,081 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button