Nasional

Mabuk hingga bunuh rakan sekerja

SEORANG lelaki warga Nepal ditahan kerana kerana disyaki membunuh rakan sekerjanya yang juga warganegara sama di sebuah kondominium di Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.40 petang.

“Setelah tiba di lokasi, kita telah mendapati mangsa terbaring dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mangsa dipercayai diserang
dengan menggunakan senjata tajam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Menurut Rajab, siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa merupakan rakan sekerja dan bekerja sebagai pengawai keselamatan dan tinggal bersama-sama di
sebuah unit kondominium yang dijadikan sebagai asrama tempat kerja syarikatnya.

Jelasnya, mereka tinggal bersama enam orang lelaki Nepal yang lain.

“Mangsa berumur 27 tahun manakala suspek berumur 30 tahun telah tinggal bersama di unit tersebut lebih kurang enam bulan.

“Siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa disyaki dalam keadaan mabuk dan telah berlaku sedikit pertengkaran mulut hingga menyebabkan mangsa ditikam dengan senjata yang tajam,” ujarnya.

Jelasnya, suspek kemudian panik dan telah melarikan diri.

Rajab berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menemukan sebilah pisau
yang berukuran 12 sentimeter berhampiran dengan lokasi kejadian dan dipercayai
digunakan oleh suspek dalam kejadian ini.

“Suspek berjaya dikesan kira-kira pukul 1 pagi tadi di sebuah pondok kebun sayur berhampiran Kampung Bukit Tinggi, Bentong Pahang yang disyaki terlibat
dengan kes.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintenden, Mohd Shukri Bin Abd Razak (016-6691339) atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly (017-244 6363). -SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button