Ekonomi

Felda beli baki saham FGV 461,500 unit daripada pasaran terbuka

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli kesemua baki saham dalam FGV Holdings Bhd berjumlah 461,500 unit (kecuali saham perbendaharaan) daripada pasaran terbuka pada RM1.30 bagi setiap tawaran saham.

Dalam kenyataan hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), penasihat utama kepada Felda bagi tawaran pengambilalihan saham FGV, menjelaskan saham itu dibeli pada Selasa.

Menurutnya, pembelian itu turut merangkumi kesemua saham FGV di bawah pelan insentif jangka panjangnya.

Pada 8 Dis, Felda, yang telah memiliki 21.24 peratus kepentingan dalam FGV, meningkatkan pegangan dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham. – BERNAMA

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button