Parlimen

Hutang negara boleh capai sifar jika Anwar masih menteri kewangan

NEGARA mungkin akan mencapai sifat hutang jika Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi menjadi menteri kewangan.

Ahli Parlimen Padang Seria M. Karupaiya dalam sesi sidang Dewan Rakyat hari ini berkata, Malaysia juga mungkin akan menjadi negara yang terkaya di Asia Tenggara jika Anwar masih memegang jawatan tersebut.

Menurutnya, masalah kewangan negara boleh diatasi sekiranya Anwar menjadi perdana menteri kesembilan.

“Memandangkan hutang negara telah mencecah angka 60.7 peratus KNK dan pihak kementerian telahpun memberikan penjelasan namun jika YB Port Dickson masih memegang jawatan menteri kewangan hingga hari ini kita mungkin mencapai sifar hutang dan kemungkinan besar menjadi negara yang terkaya di Asia Tenggara.

“Masih belum terlambat kalau Port Dickson menjadi PM yang ke-9 masalah kewangan tersebut boleh ditangani. Seterusnya berapa generasi yang perlu menanggung hutang tersebut. Tolong perjelaskan,” kata Karupaiya.

Beliau sebelum itu meminta Kementerian Kewangan menyatakan hutang dan liabiliti Kerajaan yang berjumlah
RM1.264 bilion pada akhir tahun ini yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan I.

Karupaiya juga ingin mengetahui langkah Kerajaan dalam memastikan jumlah hutang dan liabiliti tersebut tidak menjadi beban kepada generasi akan datang.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, sejarah hutang negara bermula tahun 1997 apabila negara berdepan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, kata

Katanya, tidak berbangkit siapa jadi Perdana Menteri dengan keupayaan negara dapat mengurangkan hutang kepada sifar.

Beliau berkata, hutang negara sehingga akhir tahun ini berjumlah RM874.3 bilion iaitu 60.7 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Untuk makluman, kalau kita lihat sejarah hutang negara bermula tahun 1997 apabila negara kita berdepan dengan krisis kewangan.

“Ekonomi kita diserang menyebabkan kejatuhan mata wang, maka kita terpaksa ambil pendekatan berbelanja secara berhemah bagi memastikan ekonomi kita dapat dijana semula,” katanya menjawab soalan tambahan M. Karupaiya (Padang Serai-PKR) di Parlimen hari ini.-SM

 

(Visited 549 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button