Nasional

Arahan PKPD di Selangor adalah tidak benar

POLIS Selangor menafikan berita tular yang mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor akan dilaksanakan serta merta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, berita tersebut adalah tidak benar dan orang ramai dinasihatkan supaya bertenang.

“Jangan mudah percaya serta terpengaruh dengan berita yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai juga turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang perkongsikan atau menyebarkan berita daripada sumber yang tidak sahih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah gambar yang memaparkan tajuk bahawa Selangor akan melaksanakan PKPD serta merta pada hari ini.

Perkara itu telah menimbulkan kegusaran dan tanda tanya ramai pihak apatah lagi tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan arahan tersebut. -SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button