Rencah Hidup

Luar biasa: Pokok lidah buaya berbunga, Indonesia jual pada harga jutaan

Oleh SHOLINA OSMAN

POKOK lidah buaya atau aloe vera yang ditanam tiba-tiba berbunga memang suatu kejadian luar biasa kerana ia bukanlah daripada spesis atau jenis pokok berbunga.

Pokok lidah buaya yang berbunga.

Umpama lontaran dailog dalam filem Melayu Klasik, Nujum Pak Belalang, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berkata, “satu: banyak-banyak, dua: sikit-sikit, tiga: jarang-jarang, empat: kadang-kadang.”

Realitinya, apabila pokok lidah buaya berbunga termasuk dalam kategori dialog “kadang-kadang” kerana jika berlaku, memang penanaman tumbuhan ini sangatlah bernasib baik.

Pengalaman pelik ini dirasakan penulis sendiri apabila pokok lidah buaya yang ditanam lebih setahun lalu, telah mengeluarkan bunga beberapa hari lalu di Kangar, Perlis. Bagaimanapun, penulis menunggu supaya kelopak bunganya mula berkembang elok hari ini.

Peristiwa ini membuatkan penulis cuba berkongsi dengan ahli dari sebuah kumpulan berkaitan kebun dan bunga di media sosial Facebook (FB). Rata-rata mengakui, itu rezeki kalau ia berbunga dan kejadian ini memang sukar berlaku.


Tetapi, ada juga dalam kalangan beberapa orang yang berkongsi melahirkan keterujaan apabila pokok lidah buaya yang ditanam berbunga.

“Masing-masing menganggap ia sebagai rezeki tidak disangka,” getus penulis dalam hati yang berbunga mekar kerana pokok lidah buaya di laman rumah, unik dan berbunga.

Kelopak bunga lidah buaya yang kembang.

Dalam perkongsian Facebook seperti yang dinyatakan di atasa, ada yang mendakwa, mereka menaman pokok lidah buaya selama setahun, ia sudah mengeluarkan bunga.

“Ada juga yang menunggu sehingga empat tahun, barulah pokok lidah buaya ni berbunya,” macam-macam catatan dalam Facebook.

Akan tetapi, mereka yang mempunyai pengalaman ini mendakwa, lidah buaya betina dan cukup matang memang boleh berbunga.

Selain itu, faktor pembajaan yang betul dan pengcahayaan yang cukup dari lapan hingga 10 jam sehari, antara faktor yang boleh merangsang pokok lidah buaya ini berbunga.

Sekalipun pokok lidah buaya tidak pernah menjanjikan akan berbunga tetapi peminatnya tetap ramai dan kebanyakannya menjadikan ia sebagai tanaman hiasan.

Lidah buaya berbunga dijual di shopee Indonesia.

Kalau berbunga ia cantik, daun lidah buaya sudah diketahui bahawa ia mempunyai khasiat perubatan sehingga ada pihak yang mengusahakannya secara komersial.

Ini kerana sejak sekian lama, tumbuhan ini digunakan dalam rawatan tradisional seperti untuk menyuburkan rambut, memulihkan (tangkup) luka dan rawatan kecantikan muka.

Apa yang lebih menarik, khabarnya di negara jiran kita, Indonesia, pokok lidah buaya berbunga ini mendapat pasaran yang meluas dan dijual di pusat jualan online, Shopee dengan harga yang lumayan. – SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button