NasionalNegeri

Zahir Hassan sumbang RM210,000 untuk PIBG menerusi Parlimen Wangsa Maju

Sempena penganjuran Festival Aktif Ceria Sihat (FACES), sebanyak 21 institut pendidikan menerima sumbangan RM10,000 bagi setiap satu daripada Parlimen Wangsa Maju.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Ts Zahir Hassan berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM210,000 dan sumbangan dibuat atas dasar kecaknaan pendidikan.

Selain sumbangan bernilai RM210,000 yang disampai kepada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut menerima kejutan.

Zahir menerusi Parlimen Wangsa Maju menghadiahkan wang tunai bernilai RM300 bagi setiap seorang tanda menghargai ketekunan para pelajar mencapai kejayaan.

Berkenaan FACES pula, Zahir berazam untuk menganjurkannya setiap tahun bagi penduduk Wangsa Maju.

“Ini program julung kali kita dakan, 3 dalam satu. Pertama menggalakkan warga Wangsa Maju menjaga kesihatan. Kita adakan program percuma menilai kandungan gula, jenis darah dan sebagainya.

“Kita menggalakkan warga kota meneruskan gaya hidup sihat dengan pemeriksaan berkala.

“Program kedua kita sebut Young Warrior ala American Ninja, lari berhalangan. Kita telah menjemput pelbagai sekolah menengah di Wangsa Maju, dua sekolah untuk menghantar pasukan. Kita dapat 12 pasukan dan kita sediakan satu piala pusingan. SM 

 

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button