Politik

DAP goyang, Ronnie Liu bakal dikenakan tindakan

SELEPAS melampiaskan kemarahannya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam portal lidah DAP Malaysiakini, Ronnie Liu kini bakal berdepan tindakan disiplin oleh partinya.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Ronnie sebagai tidak bertanggungjawab dan satu tindakan sabotaj kepada kestabilan Pakatan Harapan (PH)

“Kenyataan Ronnie Liu tidak bertanggungjawab, satu sabotaj, serius dan ia bersikap peribadi serta bukan pendirian parti DAP. Ia boleh gugat kestabilan Pakatan. Satu kenyataan yang tidak patut oleh mana mana pemimpin DAP.
Kerajaan Pakatan berdiri atas kekuatan empat parti, Bersatu, Amanah, PKR dan DAP, ” kata Anthony dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anthony, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP itu akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti.

Ronnie sebelum ini menyifatkan Dr. Mahathir sebagai harimau kertas yang tidak lagi berguna dan lemah selepas membantu PH memenangi pilihan raya lalu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pemimpin DAP itu mencabar Dr. Mahathir dan partinya Bersatu yang dianggap kecil berbanding parti lain keluar dari PH kerana ia tidak akan menjejaskan pakatan tersebut.

DAP dilihat tidak senang dengan tindakan Perdana Menteri itu di dalam beberapa hal seperti membabitkan isu pendakwah dari India, Zakir Naik dan pembabitan Dr. Mahathir di dalam perhimpunan maruah Melayu baru-baru ini.

Selepas itu terdapat cakap-cakap bahawa Dr. Mahathir merancang untuk membentuk kerajaan Melayu Islam dengan bergabung dengan PAS, UMNO dan beberapa lagi parti Melayu.

Bagaimanapun ramai yang meragui keikhlasan DAP dan menganggap ia satu lagi sandiwara politik yang dimainkan oleh parti yang sering membelakang Perdana Menteri dalam tindakan mereka kerana mendominasi kerajaan hari ini.

(Visited 485 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button