Ekonomi

PLUS perkenal pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyambut baik kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini berhubung pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit di
beberapa buah lebuh raya termasuk Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, “PLUS akan bekerjasama dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam merealisasikan matlamat ini menjelang September yang akan datang.

“Malah, kami juga sedang giat membuat persiapan untuk mengadakan ujian pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Lorong RFID selain daripada e-wallet Touch ‘n Go di Jambatan Pulau Pinang.

“Manakala di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, persediaan sedang dibuat untuk  menguji sistem pembayaran terbuka menggunakan kad kredit atau debit di Plaza Tol Kubang Semang.”

Menurutnya, pelaksanaan pembayaran terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit dijangka memberikan lebih pilihan kepada pengguna lebuh raya apabila ia dilaksanakan kelak.

“Pihak PLUS sentiasa bersedia meneroka dan menguji kaedah-kaedah pembayaran tol yang lebih mudah dan memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya,” tambah beliau. – SM

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button