Ekonomi

KWSP lancar panduan Belanjawanku, aplikasi Belanjawanku

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC)  universiti Malaya, melancarkan Panduan Belanjawanku untuk Individu dan Keluarga di Malaysia 2022/2023;
dan Aplikasi Mobil Belanjawanku, untuk menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan minimum untuk pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan untuk isi rumah yang berbeza.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melancarkan buku dan aplikasi Belanjawanku dalam satu majlis di Menara KWSP di Kwasa Damansara hari ini.

Ia turut dihadiri  oleh Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ahli-ahli Lembaga KWSP, pengurusan kanan dan kakitangan KWSP.

Mula diperkenalkan pada 2019 untuk penduduk Lembah Klang, Panduan Belanjawanku telah diperluaskan untuk meliputi 11 lagi bandar utama di seluruh negara.

Panduan ini memperincikan perbelanjaan minimum mengikut kategori isi rumah (bujang, keluarga atau
warga emas) dan menyediakan cadangan mengenai peruntukan perbelanjaan, perbelanjaan pilihan dan simpanan persendirian.

Aplikasi Belanjawanku, yang dibangunkan sendiri oleh pasukan KWSP, telah dimuat naik di semua gedung aplikasi pada Ogos 2022. Aplikasi ini mengandungi ciri interaktif untuk pengguna memantau perbelanjaan mereka secara dalam talian.

Pengguna aplikasi boleh memilih untuk menggunakan panduan Belanjawanku atau kaedah Rule of Thumb 1 untuk memantau perbelanjaan bulanan mereka. Sehingga Mei 2023, aplikasi Belanjawanku telah merekodkan jumlah muat turun sebanyak 12,000.

Ahmad Badri berkata: “Menurut Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, yang dibangunkan oleh  Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN), di mana KWSP adalah ahli, sebanyak 76% rakyat Malaysia mempunyai
belanjawan, namun tidak semua mematuhi belanjawan tersebut.

“Data juga menunjukkan 47% 2 menghadapi kesukaran untuk memperuntukkan RM1,000 untuk kegunaan
kecemasan.

“Data-data ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia perlu meningkatkan celik kewangan sebagai salah satu prasyarat untuk mengukuhkan kewangan dan kesejahteraan masa  depan persaraan mereka. Oleh itu, Panduan Belanjawanku dibangunkan agar rakyat Malaysia boleh menjadi lebih bijak dalam menguruskan kewangan mereka.”

Panduan Belanjawanku telah diguna pakai oleh pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dalam memberikan bimbingan dan nasihat kewangan kepada ahli, seterusnya membentuk asas kesejahteraan kewangan yang kukuh dan kualiti hidup yang lebih baik dalam jangka panjang.

Semasa majlis tersebut, Pengarah SWRC Profesor Datuk Dr Norma Mansor turut memberikan taklimat khas di mana beliau menerangkan penyelidikan terperinci yang telah dilaksanakan dalam membangunkan Panduan Belanjawanku.

Beliau juga memetik beberapa isu, seperti tahap celik kewangan yang rendah dan peningkatan kos sara hidup
sebagai penyebab utama rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang rendah, hutang yang tinggi dan kebankrapan di kalangan belia.

“Di sinilah Belanjawanku memainkan peranan sebagai panduan untuk perancangan kewangan dan pengurusan hutang individu, di samping mengesyorkan jumlah simpanan untuk kegunaan masa depan dan dalam situasi yang belum pernah berlaku,” kata Dr Norma, dan menambah bahawa pembuat dasar juga boleh menggunakan
Belanjawanku sebagai penunjuk atau penanda aras dalam menangani isu kos sara hidup, pariti kuasa beli, dan pembasmian kemiskinan bagi memastikan keterangkuman sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

Projek Belanjawanku merupakan sebahagian daripada program celik kewangan KWSP, manakala penyelidikan terperinci dilakukan oleh pasukan penyelidik di SWRC.

Penyelidikan ini melibatkan soal selidik dan perbincangan kumpulan fokus yang terdiri daripada penyelidik daripada universiti tempatan, wakil daripada KWSP, Agensi Kaunseling dan Pengurusan dan Pengurusan Kredit (AKPK), Unit Perancang Ekonomi, Majlis Perundingan Gaji Negara, agensi-agensi bukan kerajaan, Bank Negara Malaysia, dan pakar industri. – SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button