Nasional

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh kunjungi Dr Mahathir

PERDANA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat daripada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dan delegasinya di pejabatnya di Perdana Putra, di Putrajaya.

Dr Mahathir dalam catatan di Twitter rasminya, memaklumkan kedua-dua mereka membincangkan perkembangan terkini dan nasib yang menimpa rakyat Palestin dalam pertemuan kira-kira 45 minit itu.

Menurut catatan itu, pemimpin Hamas itu turut merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Dr Mahathir yang membawa idea segar berkenaan dunia Islam menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur pada Disember lepas

“Ismail bagaimanapun meminta maaf kepada perdana menteri kerana tidak dapat menghadiri sidang kemuncak itu,” menurutnya.

Dalam pertemuan itu, Ismail turut menyatakan penghargaan atas usaha dan sokongan berterusan Dr Mahathir buat rakyat Palestin.

Ismail dilaporkan tiba di Malaysia semalam dalam siri lawatannya ke beberapa negara Islam antaranya Iran, Oman, Turki and Qatar. – BERNAMA

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button