Berita

Isteri muda belasah suami menghidap stroke

Selepas kecoh tular video seorang wanita memukul lelaki yang tidak mampu melawan kerana kelihatan dalam kondisi lemah, polis menjalankan siasatan mendapati kejadian itu telah berlaku pada 11 Disember lalu di kawasan Pantai Mutiara, Pluit, Jakarta Utara.

“Berkenaan video viral perempuan yang menganiaya seorang laki-laki, dapat saya jelaskan bahwa kejadian itu terjadi pada 11 Desember 2019 di wilayah Penjaringan,” kata jurucakap Ibu Polis Jakarta Utara, Imam.

Perempuan berusia 34 tahun, sementara mangsa berusia 64 tahun. Imam mengesahkan wanita itu adalah isteri muda mangsa yang menderita stroke.

Keluarga mangsa membuat laporan polis bahawa wanita berkenaan mengalami masalah mental.

Sehubungan itu polis telah menghantar wanita itu ke hospital sakit jiwa di Grogol Jakarta Barat.

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button