Nasional

Covid-19: Usah berhenti berdoa kepada Allah – Muhyiddin

UMAT Islam diminta untuk tidak berhenti daripada terus berdoa kepada Allah bagi memohon pertolongan agar sentiasa dilindungi dari virus Covid-19.

Perdana Menteri (sementara) Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin juga meminta rakyat supaya terus berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menempuh ujian, cabaran dan rintangan daripada pandemik Covid-19.

“Mudah-mudahan keadaan akan beransur pulih dan negara Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa aman, makmur dan bangkit menjadi lebih kuat dari sebelumnya, insya-Allah.

“Oleh itu, usah berhenti berdoa mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT.

“Itulah sifat hamba-Nya yang tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan atas kurniaan yang Maha Esa,” kata Muhyiddin.

Dalam satu hantaran di media sosial, Muhyiddin turut menasihatkan umat Islam yang dibenarkan mendirikan solat di masjid untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Langkah proaktif itu perlu dalam memastikan keselamatan dan kesihatan jemaah terpelihara daripada jangkitan Covid-19.

“Alhamdulillah, hari ini saya dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara bersama jemaah yang lain di bawah pematuhan SOP yang teratur dan ketat.

“Kita perlu sentiasa mengambil langkah proaktif dan bertanggungjawab secara individu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua terpelihara apabila kita berada di khalayak ramai termasuk di masjid dan di kawasan awam lain,” pesan Muhyiddin.

Beliau juga menasihatkan agar masyarakat tidak melakukan apa yang mereka fikirkan betul tetapi malaksanakan apa yang Allah perintahkan.

“Jika kita sentiasa berpandu kepada jalan Allah, al-Quran dan Sunnah, saya yakin dan percaya hidup kita akan lebih tenang dan bermakna.

“Do not do what you feel is right. Do what Allah say is right. Do what is right. Kepada Allah SWT jualah kita berserah,” kata Muhyiddin.-SM

 

 

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button