Nasional

Longgarkan PKP, buka semula ekonomi secara beransur-ansur

KERAJAAN diminta supaya meloggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membukan semula ekonomi secara beransur-ansur.

Ini bagi mengelakkan munculnya gelombang ketiga Covid-19 di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Malaysia perlu mempelajari pengalaman yang berlaku di Jepun dan Kanada yang menyaksikan kes jangkitan meningkat mendadak selepas perintah kawalan dilonggarkan.

Lagi pula katanya, trend kes Covid-19 beberapa hari lalu meningkat termasuk semalam yang merekodkan 69 kes baharu.

Oleh itu katanya, persoalan yang timbul ialah apakah kelonggaran besar secara serentak bermula Isnin 4 Mei ini satu keputusan kerajaan yang tepat, sedangkan tempoh PKP fasa ke-4 akan berakhir 12 Mei?

pkp
Asyraf Wajdi Dasuki

Beliau juga mempersoalkan sama ada kerajaan sudah mempersiapkan segala kelengkapan termasuk ‘test-kit’ yang mencukupi untuk menangani wabak ini kiranya ia kembali meningkat.

“Moga apa yang berlaku di Kanada dan Jepun sudah dikaji sedalamnya agar pengalaman mereka yang menyaksikan kes jangkitan meningkat mendadak selepas kelonggaran lockdown diberikan tidak diulangi di sini.

“Pandangan saya, nak mula buka ekonomi dan melonggarkan PKP tiada masalah, cuma buatlah secara beransur-ansur, tidak sekali gus takut tak terkawal,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut Muhyiddin, perkara itu diputuskan atas nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data-data yang dikumpul dan amalan terbaik yang ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Bagaimanapun katanya, masih ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi.

Ini adalah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal.

Sebelum ini Jepun telah mengisytiharkan darurat kecemasan ekoran gelombang kedua COVID-19 melanda yang mencatatkan 135 jangkitan dalam tempoh seminggu, selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.

Keadaan yang sama berlaku di Ontario, Kanada di mana penurunan kes baharu COVID-19 selama tiga hari berturut-turut menyaksikan peningkatan mendadak kelmarin dengan 525 kes baharu dan 59 kematian dalam 24 jam. – SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button